AL BAQARAH : What it means to me

Muka Surat 2

Ayat 1 :  Alif Lam Mim

Ayat 2 :  Kitab ini (Al Quran) tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa

Ayat 3 :  (iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, mendirikan solat dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka

Ayat 4 :  dan mereka yang beriman kepada (Al Quran) yang diturunkan kepada mu (Muhammad) dan (kitab-kitab) yang telah diturunkan sebelum engkau, dan mereka yakin akan adanya Akhirat

Ayat 5 :  Merekalah yang mendapat petunjuk daripada Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.


Muka Surat 3

Ayat 6 : Sesungguhnya orang kafir, sama sahaja bagi mereka sama ada engkau (Muhammad) memberikan peringatan atau tidak kepada mereka, mereka tidak akan beriman.


Ayat 7 : Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka, penglihatan mereka telah tertutup dan mereka akan mendapat azab yang berat.

Ayat 8 : Dan ada dalam kalangan manusia yang berkata, "Kami beriman kepada Allah dan Hari Akhirat," padahal sesungguhnya mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman.

Ayat 9: Mereka hendak menipu Allah dan orang beriman, padahal mereka hanyalah menipu diri sendiri tanpa sedar.

Ayat 10 : Di dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambah penyakitnya itu an mereka mendapat azab yang pedih kerana bedusta.

Ayat 11 : Dan apabila dikatakan kepada mereka,"Janganlah membuat kerosakan di bumi", mereka menjawab "Sesungguhnya kami adalah orang yang melakukan kebaikan."

Ayat 12 : Ingatlah, sesungguhnya merekalah yang membuat kerosakan tetapi mereka tidak menyedari.

Ayat 13 : Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Berimanlah kamu sbagaiman orang lain telah beriman", Mereka menjawab, "Adakah kami akan beriman seperti orang-orang yang kurang akal itu beriman?".  Ingatlah sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang kurang akal, tetapi mereka tidak mengetahui.

Ayat 14 : Dan apabila mereka bertemu dengan orang yang beriman, mereka berkata,"Kami telah beriman." Tetapi apabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan (para pemimpin) mereka, mereka berkata, "Sesungguhnya kami bersama kamu, kami hanya berolok-olok."

Ayat 15 : Allah akan (membalas) olok-olok mereka dan membiarkan mereka terumbang-ambing dalam kesesatan.

Ayat 16 : Mereka itulah yang membeli kesesatan dengan petunjuk. Perniagaan mereka itu tidak menguntungkan dan mereka tidak mendapat petunjuk.


Muka Surat 4

Ayat 17 : Perumpamaan bagi mereka adalah seperti orang-orang yang menyalakan api,setelah menerangi sekelilingnya, Allah menghilangkan cahaya (yang menyinari) mereka dan membiarkan mereka dalam kegelapan, tidak dapat melihat.

Ayat 18 : Mereka tuli, bisu dan buta, sehingga mereka tidak dapat kembali.

Ayat 19 : Atau seperti (orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, yang disertai kegelapan, petir dan kilat.  Mereka menutup telinga dengan jari-jemari (menghindari)suara petir itu kerana takutkan mati.  Dan Allah meliputi orang yang kafir.

Ayat 20 : Kilat itu hampir-hampir menyambar penglihatan mereka.  Setiap kali (kilat itu) menyinari, mereka berjalan di bawah (sinar) itudan apabila kembali gelap, mereka berhenti.  Sekiranya Allah mengkehendaki, nescaya Dia menghilangkan pendengaran dan penglihatan mereka.  Sungguh Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

RUMUSAN

Ayat 1 - 20 : Pembahagian kelompok manusia derdepan hidayah Allah SWT, ada yang beriman (sahabat) yang membawa kejayaan, ada yang kufur (musyrikin)yang membawa kepada kerugian dan ada yang berpura-pura beriman namun sebenarnya kufur (munafiqin) yang dibongkarkan kepura-puraan, kerosakan dan kedegilan hati mereka dengan dibawkan dua perumpamaan terhadap kelompok ketiga ini.



Comments

Popular Posts